أهل السنة والجماعة وا لجمعة الأ شاعرة والماتردية

Tuesday, 7 June 2011

kisah gadis mulut celupar


Pada suatu hari,
seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk
menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat
segala yang patut disembunyikan bagi seorang
perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi
uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya
jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan
ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum
lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?

Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa
mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya
kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata
yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta
tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam
untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar
jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang
ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada
yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang
di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih
muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu
dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir
dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati
tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam
keadaan yang tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh
gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai
segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah
tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.
Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas
dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si
mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah
itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran
dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya Salawatu Alai Wasalam dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau
sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan
seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab
dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.
Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita
akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang
yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin
melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin
melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda
tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh
majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di
bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang
itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi
ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah SubhanAllah Wa Taala. Taman laranganNya adalah
perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan
kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

No comments:

Post a Comment

الهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى أعطنى محبتك ومعرفتك ياالله

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...