أهل السنة والجماعة وا لجمعة الأ شاعرة والماتردية

Tuesday 7 June 2011

Amalan Khatam Al Quran



KESAHIHAN AMALAN KHATAM AL QURAN.

Oleh;

Al Haqir Wal Faqir ,
Abd. Raof bin Haji Nurin , Al Bahanji Al A’liy.
Pondok Jalan Padang Ragut, Negeri Sembilan. Malaysia.

Assalammu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


 Memandangkan tiada sebarang jawapan yg agak terperinci berkenaan soalan berkenaan “Amalan Khatam Quran dan dalilnya”, adalah saya yg serba kekurangan ilmu dan faham ingin merujukkan kepada saudara pembaca  kepada sebuah kitab karangan seorang ulamak yg tak asing lagi kemasyhuran namanya dalam Mazhab Syafie r,anhu.Mudah-mudahan beberapa titik air dari lautan Ilmu Ulamak ini , ianya dapat memenuhi dahaga semua kita Insyaallah taala.Dan mudah-mudahan menjadi pembantu untuk memahami kedudukan persoalan.

Di m.s. 226 Kitab Fatawa al Kubro , karangan Syekh Ibnu Hajar al Haitamy .Cetak Mustafa  Halaby , Mesir.

Soalan : Ditanya Syekh ( Ibnu Hajar), mudah-mudahan memanafaatkan oleh Allah swt dengan Ilmu beliau dan
memanjangkan nya kepada kami (manfaatnya) dengan huluran pertolongan Beliau.
"Adakah diwaridkan sesuatu hadis Sahih pada disyariatkan TAKBIR ( ketika bacaan) Surah-surah
mufassal yg pendek (yaitu surah-surah  yg dinamakan Qushar al Mufoshol ) ?.Kalau kamu berkata "Ya" (diwaridkan oleh hadis sahih) , Maka adakah (pula) ianya khas pada hak  ( melakukannya bagi mereka) yg tidak (berada dalam posisi ) sembahyang ?.Kalau kamu menjawab "Ya", Maka adakah telah dinaqalkan kesunnatan (menyebutnya ) pada hak orang yg (sedang) bersembahyang ,  (berkenaan dalilnya) daripada seseorang  Imam-imam (Ulamak?".(

Jawab: Mudah-mudahan memanfaatkan oleh Allah swt dengan sebab beliau , mengembalikan (manfaatnya) atas

kita  dan atas sekelian Muslimin dari keberkatannya dengan jawapan beliau :

" Hadis TAKBIR diwaridkan dari jalan-jalan (Turuq)  yg banyak dari  Ahmad bin Muhammad bin Abi Bazzah Al
Bazziy (Beliau adalah salah seorang Qurra yg termaklum) ,berkata beliau " Saya telah mendengar ' Ikramah bin Sulaiman , beliau berkata " Saya telah membaca (quran) atas (lidah) Ismail bin Abdillah Qustantien , maka apabila sampai (pada surah) Waddhu ha beliau berkata kepada saya ('Ikramah ) : "Takbirlah ketika khatam tiap-tiap surah sampai khatam (semuanya) , Beliau mengkhabarkan padanya ('Ikramah) bahawa (beliau menerima) bacaan (Quran) atas (lidah) Mujahid, maka Mujahid ( juga) menyuruhnya begitu, dan Mujahid mengkhabarkan kepadanya bahawa Ibnu Abbas r,anhuma meyuruhnya (Mujahid) begitu, dan mengkhabarkan Ibnu Abbas bahawasanya Ubbay bin Ka'ab  menyuruhnya begitu, dan mengkhabarkan Ubayy bin Ka'ab  bahawa Nabi saw menyuruhnya begitu ".

Dan sesungguhnya telah mengeluarkan (hadis ini) oleh AlHakim Abu Abdillah dalam Sahihnya Al Mustadrak
daripada  Al Bazziy dan beliau berkata " Ini adalah Hadis yg Sahih Isnad padahal Al Bukhary dan Muslim
tidak mentakhrijkannya (mengeluarkannya) " .Dan sesungguhnya telah mua'radhah ( melawani ) kesahihannya oleh pendahifan Abi Hatim Al Uqaily terhadap Al Bazziy .

Di Jawabkan: Bahawa pendhaifan ini (yang bersumber daripada Abi Hatim ) tidak diterima. Sesungguhnya telah
meriwayatkan daripada  Al Bazziy oleh Imam-imam yg thiqah. Dan telah memadailah keagungan Al Bazziy dan
kepercayaannya (thiqah) dengan perkataan Imam kita AsSyafie r, anhu " Jikalau engkau tinggalkan Takbir ,
nescaya engkau tinggalkan Sunnah". Pada satu riwayat yg lain " Demi Allah ya Abal Hasan , Jika engkau
tinggalkan takbir sesungguhnya engkau tinggalkan satu sunnah dari sunnah-sunnah Nabi engkau ".

Berkata Al Hafiz Al 'Imadduddin  bin Kasir " Dan ini (yg diriwayatkan) dari Imam AsSyafie menghendaki maksudnya bahawa beliau mensahihkan hadis ini ".

Sebahagian dari (perkara) muqtadho yg (memaksudkan)  keSahihannya juga, bahawa Ahmad bin Hanbal

meriwayatkannya dari Abi Bakar Al 'ayun daripada Al Bazziy . Pada hal Ahmad menjauhi hadis mungkar maka
jikalau ia (hadis ini ) adalah mungkar nescaya beliau tidak akan meriwayatkannya. Padahal telah sahlah ia
( yakni  hadis ini) disisi Ahli Makkah , Fuqaha mereka dan Ulamak mereka   telah meriwayatkannya dari mereka.
Dan kesahihannya melimpahi dan berhamburan serata pelusuk sehingga sampai had tawatur (mutawatir).

 Dan telah sah juga dari Riwayat Abi Amrin dari riwayat Suusi .Dan diriwayatkan juga dari seluruh para Qurra , Dan JADILAH IA AMALAN DISISI AHLI-AHLI NEGERI PADA SELURUH MASA .
Tammat.


Ulasan penulis : Dari bahasan Syekh Ibnu  Hajar tersebut menunjjukkan kesahihan amalan khatam Quran. Walaupun soalan asalnya ditujukan kepada pesoalan takbir yg dibaca dicelah antara surah-surah khatam , tetapi hadis yg membicarakan khatam tersebut adalah sahih.Maka menunjjukan seluruh perkara yg terdapat didalam hadis tersebut adalah sah . Samaada takbirnya, surahnya , talaqqi bacaannya , cara penerimaan sesuatu ilmunya, juziynya ,kulliynya dan sebagainya.
Musykil dan Jawabnya:

1) Kemusykilan : Adakah dalil dibaca khatam Quran diluar sembahyang?.

Jawab: Hadis tersebut menyatakan talaqqiyy  (penerimaan) bacaan Quran dari seseorang guru, yg sememangnya nyata sudah tentu tidak ternafi berlakunya diluar sembahyang.

2) Kemusykilan : Bagaimana dengan permulaan surah khatam dan akhirnya?.

Jawab: Ibnu Hajar berkata " Yang rajih, daripadanya (yaitu yg nyata dalilnya daripada semua qaul) yaitulah

zohir segala nas , bermula dari Ad Duhha hingga akhir surah An Nas".

3) Kemusykilan: Bagaimana pula khatam dalam sembahyang?.

Jawab: Berkata Ibnu Hajar Al Haitami : Sesungguhnya telah menaqalkan oleh Abu Hasan As Sakhawi dengan sanadnya dari Abi Yazid Al Quraysi beliau berkata " Aku bersembahyang (jadi Imam) dengan orang ramai di Masjid Haram, Terawikh dibulan Ramdhan, Maka sampai malam jumaat aku takbir bermula dari khatam Ad Duha hingga Akhir Quran, dalam sembahyang bila aku selesai salam aku berpaling , tiba-tiba Abi Abdillah Muhammad bin Idris As Syafie r,anhu berkata "Sebaik-baik engkau telah betul engkau dengan Sunnah".
Al Hafiz Abu Amrin AdDaani juga meriwayatkan (kaifiat tersebut)  dari Ibnu Juraij dari Mujahid.

4) Kemusykilan: Bagaimana dengan dibaca tahlil bersama takbir pula ketika khatam?.

Jawab: Berkata Ibn Hajar  Al Haitami :Berkata Ad Daani : Dua wajah (bacaan khatam) yakni tahlil dan takbir
(baca berasingan) dari Al Bazzy dan Qunbul adalah sahih kedua-dua (riwayat tersebut( masyhur diamalkan lagi baik kedua-dua (riwayat)nya".


5) Kemusykilan: Bagaimana pula dengan doa selepas khatam?.Sebagaimana yg tercatit diAkhir quran?.

Jawab: Doa, adalah doa.Tiada langsung masalahnya.Asalkan sahih maknanya.Kalau diperincikan
ayat doa yg tercatit diakhir Mushaf Usmani  pada hari ini semuanya berasal kalau tidak dari quran maka
adalah dari hadis sahih.Bahkan saya ada sebuah kitab yg bertajuk “Doa Khatam Quran” karangan Ibnu Taimiyyah. Jadi kalau diselidiki pun entah dimanalah agaknya Ibnu Taimiyyah yg mengaku sentiasa nak mengikut Quran Hadis mengambil Doa tersebut?.

6) Kemusykilan: Mengapa orang hari ini mengadakan upacara khatam beramai-ramai?.

Jawab: Kena tanya mereka kenapa buat begitu.

Pada asasnya khatam quran memang ada asalnya.Setelah sampai ke Surah Wad Dhu ha , begitulah seterusnya
amalan yang dinamakan khatam.Mengkhatamkan Quran berjemaah pun memang ada dasarnya samaada berdalilkan Perbuatan Sahabat kalau menurut Mazhab Imam Ahmad, atau pun Sunat pada sisi Mazhab Syafie sebagaimana  tersebut dalam Umdatul Qori,  Syarah Hadis  Bukhari telah dibahaskan disana.

7) Kalau orang berkata mengapa tiba-tiba sahaja buat majlis khatam ,pada hal tak dibaca dari awal quran?.

Jawab: Adake orang buat begitu?. Tiba-tiba saja buat khatam quran .Dengan tak dibaca dari awal.
Mungkin orang yg baca dari awal ada. Cuma yg lain hanya tumpang berkat. Langsung dibuat majlis. Apa
salahnya.Kalau tak boleh tunjuklah  dalilnya.
LAGI PULA APA YG DIBUAT DAN DIBACA OLEH ORANG BERKHATAM QURAN ADALAH SAH MENURUT DALIL-DALIL SYARA’samada yang am atau yang khas, Wallahu a’lam.
Sekian .Sekadar menambah maklumat berfaedah.. Wassalam

Sumber: Http://pondoktampin.blogspot.com

kisah gadis mulut celupar


Pada suatu hari,
seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk
menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.
Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal
dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat
segala yang patut disembunyikan bagi seorang
perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun.

Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi
uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya
jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan
ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum
lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?

Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa
mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si
gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya
kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata
yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta
tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam
untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia
sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu
biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar
jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang
ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.

Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada
yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang
di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih
muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu
dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir
dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati
tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya
tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam
keadaan yang tidak disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh
gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai
segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah
tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur
kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api.
Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas
dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si
mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.

Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah
itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran
dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati.
Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum
Allah dan mahupun sunnah RasulNya Salawatu Alai Wasalam dengan
mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau
sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan
seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab
dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.
Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita
akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang
yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin
melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin
melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda
tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh
majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di
bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang
itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi
ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang
telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah SubhanAllah Wa Taala. Taman laranganNya adalah
perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa
memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan
kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Apabila Jasad Dipisahkan



APABILA JASAD DIPISAHKAN…..

Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan.
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih.


Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah ,Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat.

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara.

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.
Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan.

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi.

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak di bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru ,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah

Ayam tak patuk , itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.

Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

الهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى أعطنى محبتك ومعرفتك ياالله

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...