أهل السنة والجماعة وا لجمعة الأ شاعرة والماتردية

Wednesday 8 June 2011

Program Amal Jariyah




FADHILAT / KELEBIHAN MENGGALI TELAGA ATAU MENYEDIAKAN SUMBER AIR SEBAGAI AMAL KEBAJIKAN.

1. Daripada Anas Bin Malik, bahawa dia pernah berjumpa Rasulullah S.A.W lalu bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya ibu saya telah meninggal dunia dan dia tidak berpesan (buat amal jariah untuknya). Adakah sampai pahala kepadanya jika saya bersedekah untuknya?” Rasulullah menjawab “Ya, hendaklah kamu sedekah melalui sumber air”. (Hadith Anas Riwayat Tabarani)

2. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W bersabda “Tiada sedekah yang lebih besar ganjaran pahala melebihi air”.
(Hadith Abu Hurairah Riwayat Baihaqi)

3. Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bahawa daripada amal dan kebajikan yang akan mengikuti seseorang muslim itu selepas kematiannya ialah ilmu yang dia ajar dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, Al-Quran yang dia wakafkan, masjid yang dia telah bina, rumah sabil (rumah tumpangan) yang dia telah bina, tali air yang dia telah alirkan, sesuatu sedekah yang telah dihulurkan semasa sihat daripada hartanya semasa hidup.
(Hadith Abu Hurairah Riwayat Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah)

4. Daripada Anas Bin Malik seperti hadith dari Abu Hurairah kecuali riwayatnya berbunyi , tujuh perkara akan berterusan pahala kepada hamba Allah walhal dia sudah berada di alam kubur ialah seorang yang telah mengajar ilmunya atau membina tali air atau menggali telaga atau menanam pokok (kurma) atau membina masjid atau mewakafkan Al-Quran atau meninggalkan anak yang soleh yang beristighfar untuknya selepas mati.
(Hadith Anas Riwayat Bazzar)

5. Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” . Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)

6. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda “Sesiapa telah menggali telaga, tidak meminum airnya oleh yang bernyawa samada manusia atau jin atau burung melainkan Allah mengganjari pahala baginya di hari qiamat.
(Hadith Jabir Riwayat Ibnu Hibban)

7. Daripada Ali bin Hasan bin Syaqiq, katanya saya mendengar daripada Ibnu Al Mubarak, iaitu setelah seorang bertanya kepadanya, “Wahai Abu Abdul Rahman (nama timangan Ibnu Al Mubarak), bisul keluar daripada lututku, semenjak tujuh tahun puas saya berubat dengan pelbagai rawatan, ramai tabib yang telah saya minta nasihat tapi semua tidak berkesan”, maka Ibnu Al Mubarak menjawab “Pergilah dan carilah suatu tempat yang orang ramai perlukan air, disana galilah telaga. Sesungguhnya saya berharap air yang terbit di sana akan menghentikan darah daripada bisulmu”. Maka lelaki itu telah lakukan apa yang dinasihatkan lalu sembuhlah ia.
(Hikayat Ali Bin Hasan dalam Kitab Matjar Rabib Al-Dimayahi)

No comments:

Post a Comment

الهى أنت مقصودى ورضاك مطلوبى أعطنى محبتك ومعرفتك ياالله

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...